Followers

Saturday, October 9, 2010

Potong Barisan

Salam 1 Malaysia, minggu ni suka aku untuk beleter tentang suasana jalan raya Malaysia. Sejak kebelakangan ni rajin pulak aku update blog ni, walaupun aku tahu berapa org sangat lah yang melayari blog keramat aku ini. Tapi tak mengapa sekurang-kurang nya blog ini adalah saluran bagi aku meyalurkan pendapat.

Tun Dr. Mahathir semasa era pemerintahan mensasarkan Negara tercinta Malaysia menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020. Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Bagi mencapai Wawasan 2020, Negara bukan saja perlu maju dari segi ekonomi, malah dari segi sosial. Aku rasa kalau dari segi ekonomi tak ada masalah untuk Negara kita capai, tapi Malaysia masih lagi akan gagal dari segi sosial. Kenapa aku berkata begitu? Rakyat Malaysia belum bersedia atas 3 sebab utama iaitu potong que, buang sampah merata-rata dan tiada hemah di Lebuhraya, itu belum termasuk yang lain-lain yang aku tak highlight disini.

Rakyat Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur memang tidak dinafikan mempunyai tahap ekonomi yang tinggi, semua org berupaya menggunakan kenderaan terutamanya kereta, pada tahun 2009 sahaja lebih 500,000 kenderaan baru didaftarkan. Bila banyak kereta, maka jalanraya menjadi sesak dan bila jalan sesak maka org menjadi semakin hilang pertimbangan dan melakukan apa sahaja untuk sampai ke destinasi dengan cepat salah satu nya adalah dengan memotong que.

Potong Que adalah satu perbuatan kurang ajar yang paling aku tak suka, perbuatan ini seperti merampas hak yang telah dimiliki oleh orang lain. Sebagai contoh: A telah beratur selama lebih kurang 15 minit beratur utk bayar tol, oleh kerana si B tergesa-gesa atau memang sifatnya yang kurang ajar, memotong barisan dan menafikan hak A yang telah lama beratur. Aku sebagai orang Melayu sejak kecil tidak pernah diajar untuk mengambil hak org lain oleh ibu bapa aku tetapi mungkin bagi org lain, mengambil hak org lain adalah sesuatu yang mulia, aku tak nak menuduh sesiapa, nanti aku dikatakan racist pulak.

Rakyat Malaysia ni memang suka makan, kadang kala mereka suka bungkus makanan dan makan dalam kereta bersama-sama keluarga, namun bila dah habis makan plastik pembukus makanan dibuang ke luar kenderaan, sifat ini amatlah tidak beretika, kalau di Negara-negara maju perbuatan membuang sampah adalah satu kesalahan yang besar, mereka (Negara-negara maju) tidak mempunyai penguatkuasaan yang ketat tentang ini tetapi disiplin diri yang telah diajar sejak dari kecil untuk tidak membuang sampah merata-rata. Namun di Malaysia sebaliknya, ibu bapa pulak yang mengajar anak2 utk buang sampah ke luar tingkap kereta.

Tahukah anda purata kelajuan maksimum lebuh raya di Lembah Kelang adalah 90KM sejam? Aku rasa ramai yang tidak tahu tentang ini, ramai yang menyangka kelajuan maksimum Lebuh Raya adalah 110KM sejam, tetapi itu hanya terpakai di Lebuhraya Utara selatan Sahaja (PLUS). Aku pernah mengalami peristiwa di LDP (kelajuan maksima 90KM sejam), biasalah jalan sesak tetapi bergerak perlahan, aku berada di lorong memotong dengan kelajuan 70 – 80KM sejam, tak boleh laju sebab kereta banyak, namun ada satu kutu dengan kereta buatan luar Negara (paham-paham sajalah golongan mana yang sukan pakai kereta buatan luar Negara) di belakang aku menaikkan lampu tinggi untuk memotong, org ini sungguh tidak berakal dan bertamadun kerana ingin memotong dalam keadaan:
1. Jalan sesak kereta banyak &
2. Memandu dengan kelajuan lebih dari kelajuan maksima 90KM sejam.

Memang org begini mampu untuk membayar saman jika disaman Polis tapi jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan jangan pentingkan diri sendiri ikutlah peraturan jalanraya yang telah ditetapkan oleh Kerajaan, kalau tak nak ikut undang-undang Malaysia, jangan tinggal di Negara ini.

Kita patut berbangga menjadi rakyat sebuah Negara yang aman makmur dan harmoni, namun janganlah akibat dari segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan Negara kita gagal mencapai wawasan yang diimpikan, kita mempunyai masa lebih kurang 9 tahun sahaja untuk mencapai Wawasan 2020, adakah kita mampu mencapai wawasan tersebut? Tepuk dada tanyalanh selera.

No comments:

Post a Comment