Followers

Monday, March 19, 2012

TAAT, juga peringatan kepada diri sendiri



UNTUK ISTERI TERSAYANG :)

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Saturday, March 17, 2012

Kisah Maria Ozawa







Donat Tramp adalah seorang tua berusia 50an yang kaya. Kekayaannya bernilai jutaan dollar dan dia termasuk dalam senarai orang terkaya di dunia.

Dengan kekayaannya itu, dia menjadi buruan wanita-wanita yang gilakan harta. Kebetulan, baru setahun yang lalu dia menduda menyebabkan ramai aweks yang berani untuk mendekatinya.

Dalam banyak-banyak wanita itu, Tramp terpikat dengan seorang wanita muda bergetah berusia lewat 20an.

Wanita itu dikenalinya di kelab malam tempat dia selalu melepak bersama rakan-rakan billionaire ataupun melepak bersama clientnya. Ringkasnya, wanita berkenaan adalah pekerja G.R.O di kelab malam tersebut.

Nama wanita tersebut ialah Maria Ozawa yang baru bekerja di kelab malam tersebut. Pelanggan pertama Maria adalah Tramp dan Tramp sudah memesan kepada pemilik kelab malam tersebut agar tidak membenarkan Maria dilanggan oleh pelanggan lain.

Dengan kekayaannya, semestinya Tramp mampu berbuat begitu.

Lama kelamaan, Tramp benar-benar angau kepada Maria. Setiap hari dia mahu bertemu dan dilayan oleh Maria sepenuhnya. Ajakan Maria untuk berkahwin dengan mudah dia menyetujuinya.

Matlamat Maria hanyalah inginkan kekayaan Tramp. Dia tahu yang Tramp sudah tua dan dia bakal berkongsi harta dengan anak-anak Tramp kelak jika dia menjadi isteri yang sah.

Beberapa bulan selepas mereka bersetuju untuk berkahwin, maka perkahwinan besar-besaran diadakan untuk mereka berdua.

Walaupun anak-anak Tramp tidak bersetuju tetapi Tramp tidak kisah itu semua. Lagipun Tramp adalah ketua dalam keluarga dan ketua dalam perniagaannya.

Seperti pasangan berkahwin yang lain, mereka melalui malam pertama mereka sejurus tamat majlis perkahwinan tersebut.

Walaupun Maria adalah pekerja G.R.O kepada Tramp sebelum ini, tetapi Tramp tidak pernah diberi peluang untuk 'merasai' Maria sepanjang tempoh tersebut.

Maria bijak dan licik mengelak untuk menjadi teman ranjang Tramp sebelum mereka menjadi pasangan suami isteri.

Malam pertama itu amat memuaskan buat Tramp tetapi bukan kepada Maria. Bagi Maria, Tramp sudah kekurangan tenaga dan tuttt-nya kecik sahaja.

Begitulah malam-malam seterusnya yang menyebabkan Maria tidak puas dengan nafkah batinnya.

Mungkin inilah akibatnya jika berkahwin disebabkan oleh nafsu semata-mata menyebabkan Maria hanya menilai Tramp dari segi hubungan ranjang mereka padahal selainnya Tramp adalah lelaki yang mengambil berat terhadap Maria.

Sewaktu Maria mengikuti kelas Gym, dia berkenalan dengan Instructor yang hensem dan sasa bernama Buragas. Maria terpikat dengannya dan menggunakan pelbagai cara untuk menggoda. Buragas pula melayan Maria dan dia sememangnya suka digoda.

Perkara ini dapat dihidu oleh Tramp. Namun, disebabkan teramat sayang kepada Maria, Tramp tidak melakukan apa-apa.

Lagipun Tramp tiada bukti kukuh untuk menceraikan Maria. Jika dia menceraikan Maria sebegitu, maka yang untung hanyalah Maria kerana dia bakal mendapat hak kepada hartanya.

Atas nasihat kawan baiknya, Tramp bertemu bomoh Ah Fatt. Bomoh Ah Fatt mempunyai ilmu yang kuat hingga dapat melekatkan tut-tutt pasangan yang curang ketika bercengkerama.

"Malam-malam, masa lu bikin kliwon sama isteli... lu lulah (ludah) satu kali sama itu isteli lu punya balang. Sebelum itu, lu kena baca ini jampi. Hafal ingat ini jampi. Saya sulah share power sama lu", kata Bomoh Ah Fatt.

"Macam mana kalau isteri saya perasan saya ludah?", tanya Tramp.

"Haiyaa! Mana moleh pelasan maaa. Lu pula-pula la buat itu skill 'nit-not nit not' sama bini lu punya", cadang Bomoh Ah Fatt.

"Ya. Macam tu mesti saya punya bini tak perasan", kata Tramp.

Seperti yang diarahkan, Tramp melakukan apa yang di suruh oleh Bomoh Ah Fatt pada malam berkenaan dan Maria tidak menyedari semua itu.

Seminggu kemudian, Maria berjaya menggoda Buragas dan mengajaknya untuk melakukan skandal di atas ranjang. Itulah kali pertama mereka bakal melakukan aktiviti yang terkutuk berkenaan.

Sebelum ini, mereka hanya saling rapat-merapati serta berpegang-pegangan di dalam Gym seperti ia satu tindakan yang tidak sengaja. Jika kelihatan sengaja pun, ia kelihatan seperti Buragas melakukan tugasnya menjadi instructor kepada Maria.

Dengan perancangan yang jitu, mereka menempah satu bilik hotel yang mewah. Di situlah mereka bakal melunaskan nafsu serakah sesama mereka dan mereka berjaya tanpa apa-apa kesan sampingan.

Tramp hanya menyedari perkara itu pada suatu malam sewaktu dia hendak bersenggama dengan Maria. Dia melihat ada Love-Bite pudar pada paha Maria.

Melihatkan Love-Bite pudar itu, Tramp naik marah lalu menyoal siasat Maria. Pecahlah tembelang Maria yang sudah curang kepada Tramp.

"Aku ceraikan dikau dengan talak tiga!", teriak Tramp kepada Maria yang menangis teresak-esak di ruang tamu rumah bak istana mereka. Situasi itu dilihat oleh anak-anak serta menantu Tramp. Maria tidak dapat berkata apa-apa dan hanya menangis sahaja.

Sebelum di usir daripada rumah, Tramp bertanya untuk mendapatkan kepastian. "Kenapa tidak melekat?", tanya Tramp kepada Maria.

Maria terpinga-pinga dan Tramp menerangkan semuanya. Baru Maria tahu yang aktivitinya mahu berskandal sudah dihidu lama dan baru juga Maria tahu yang perangkap sudah dipasang kepadanya.

“Kenapa!?”, tanya Tramp dengan nada marah.

Dengan penuh tangisan Maria menjawab, "Sekecil-kecil tutt abang… kecil lagi Buragas punya..nak melekat macamana?"

hahahahaah.....

Wednesday, March 14, 2012

Ni Semua Salah Suami....hahaha!!!!!



1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumahdengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10, letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga"... siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya diamati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki keranamereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

Tuesday, March 13, 2012

Mengapa Hawa dicipta ketika Adam sedang tidur... Wajib Baca!!!



Menurut pakar psikologi.., seorang lelaki jika dia kesakitan, maka selalunya akan membuatkan timbul dalam hatinya rasa benci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.. 

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari rusuknya hingga dia membenci Hawa.

Akan tetapi Hawa diciptakan Tuhan pada Adam saat dia tertidur.. Ia semata-mata agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. 

Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, dan adakala melihat kematian dihadapannya.. Namun begitu.., semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri.

Ada syair arab mengatakan.., sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi kalbu lelaki (jantung, hati nurani). 

Oleh kerana itu, tugas Hawa menjadi ratu di hati lelaki.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang setia jika fahami sebaiknya.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” 

Maksud kata baginda tersebut adalah.., wanita itu harus difahami, dijaga dengan baik dan dikawal agar tak memudaratkan..

Maka wahai Adam.., janganlah merendahkan perasaan Hawa.. Kerana dia memang diciptakan seperti itu..

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis didalam hati.. 

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf...

Dan percayalah..., wanita amat susah untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...