Followers

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA KORBAN




Saya ingin mengucaopkan Selamat Hari Raya Korban kepada seluruh umat islam di seluruh dunia, semoga pengorbanan yang telah anda lakukan memberi seribu makna dalam hidup anda

Friday, October 29, 2010

Remaja Malaysia Buta Sejarah?




Aku amat terperanjat apabila membaca Utusan Online hari ini kerana terpandang satu artikel berkenaan dengan remaja Malaysia yang buta sejarah, siapalah kita tanpa sejarah? Kenapa kita tidak prihatin terhadap sejarah Malaysia? Adakah kita dah lupa asal usul kita? Bagaimanapun semua rakyat Malaysia wajib mengetahui sejarah supaya kita tahu dimana kita bermula...berikut aku sertakan petikan Utusan Malaysia Online 29 Oktober 2010....

Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.

Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.

Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.

Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.

Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?

Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.

Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara. Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.

Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.

Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.

Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.
Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.

Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.

Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.

Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.

Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri. Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.

Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:
- Remaja masa kini buta sejarah.
- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.
- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.
- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.
- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.
- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.
- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.

Friday, October 22, 2010

Berhujung Minggu

Minggu ini adalah minggu yang amat meletihkan, seperti minggu-minggu yang lalu. Hari Sabtu & Ahad merupakan cuti umum, nasib baiklah aku ni berhidmat dengan Kerajaan Malaysia dapatlah aku bercuti hari Sabtu & Ahad, kalau bekerja dengan company swasta belum tentu lagi dapat merasa cuti pada hari Sabtu & Ahad.

Cuti hujung minggu kali ini memang tak ada aktiviti yang dirancang cuma minggu ni macam biasa, meluangkan masa bersama dengan keluarga, almaklumlah pada hari2 biasa masa untuk keluarga amatlah kurang, jadi cuti hujung minggu ni adalah waktu yang sangat sesuai untuk bersama-sama dengan anak2 dan isteri.

Aktiviti? belum dirancang lagi, tapi aku percaya anak2 aku dah ada plan dan kita lihat nanti. Kepada rakan2 yang juga bercuti pada hari Sabtu & Ahad aku ingin mengucapkan selamat berhujung minggu, semoga kehidupan anda akan lebih ceria.

Saturday, October 16, 2010

Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus



Salam bajet 2011, minggu ini aku nak berkongsi tentang resepi yang aku pernah cuba buat, memang jadi...Puding Telur Berkaramel. Kalau anda semua tak percaya boleh try resepi dibawah, siap dengan cara membuatnya. Silap-silap boleh nanti boleh buat business Puding ...selamat mencuba..hahahahahaha

Bahan-bahan

* Telur (saiz besar) 7 biji
* Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)
* Gula Pasir 3 sudu besar
* Garam 1 sudu kecil
* Tepung Kastard 2 sudu besar
* Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
* Loyang bersaiz diameter 15~20cm

Cara membuatnya

1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!

2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.

3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (saya guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.

4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.

5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.

6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).


Nota:

* Resepi ini telah diuji kelmarin dan semalam saya buat lagi sebab isteri tersayang suka makan puding ni. Ianya sangat mudah dan saya yakin peratus keberhasilannya ialah 99.99%. Cubalah, insya’allah berjaya!

* Api dapur sederhana kecil ialah api sekadar untuk maintain agar air pada pengukus tetap dalam keadaan mendidih yang paling minima. Bermaksud air tetap menggelegak tetapi dalam keadaan menggelegak yang paling kecil. Sila pastikan sebelum anda meletakkan adunan untuk dikukus.

* Tujuan menapis ramuan yang telah diblender ialah untuk memastikan agar hanya bahan yang telah benar-benar halus dan sebati sahaja yang dimasak. Ia juga untuk memerangkap dan membuang “tali pusat” telur yang memberikan bau hanyir kepada puding.

* Sekiranya tiada blender, anda boleh gunakan mixer atau kacau gunakan senduk atau sudu. Yang penting, pastikan ramuan benar-benar sebati.

* Anda boleh juga menambah Esen Vanilla atau Esen Pandan untuk mendapatkan aroma yang lebih wangi pada puding tersebut.

* Bagi yang nak 100% telur tanpa tambahan tepung kastard, boleh juga. Jangan risau, tetap menjadi puding anda itu. Cuma teksturnya kurang gebu dan lebih padat. Namun tetap lembut dan sedap!

* Garam ditambah untuk memberikan efek rasa yang “lemak” bukan masin. Ada sesetengah resepi yang lain tidak menambah garam. Tapi saya sarankan letakkanlah garam dan ikutlah sukatan yang disyorkan.

* Kalau nak kurangkan manis, kurangkan la sukatan susu pekat manis tu. Gantikan guna susu cair atau apa-apa susu lain la tapi kena bubuh gula la jugak sebab supaya manis. Pandai-pandai sendiri la nak adjustkannya!

Saturday, October 9, 2010

Potong Barisan

Salam 1 Malaysia, minggu ni suka aku untuk beleter tentang suasana jalan raya Malaysia. Sejak kebelakangan ni rajin pulak aku update blog ni, walaupun aku tahu berapa org sangat lah yang melayari blog keramat aku ini. Tapi tak mengapa sekurang-kurang nya blog ini adalah saluran bagi aku meyalurkan pendapat.

Tun Dr. Mahathir semasa era pemerintahan mensasarkan Negara tercinta Malaysia menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020. Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Bagi mencapai Wawasan 2020, Negara bukan saja perlu maju dari segi ekonomi, malah dari segi sosial. Aku rasa kalau dari segi ekonomi tak ada masalah untuk Negara kita capai, tapi Malaysia masih lagi akan gagal dari segi sosial. Kenapa aku berkata begitu? Rakyat Malaysia belum bersedia atas 3 sebab utama iaitu potong que, buang sampah merata-rata dan tiada hemah di Lebuhraya, itu belum termasuk yang lain-lain yang aku tak highlight disini.

Rakyat Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur memang tidak dinafikan mempunyai tahap ekonomi yang tinggi, semua org berupaya menggunakan kenderaan terutamanya kereta, pada tahun 2009 sahaja lebih 500,000 kenderaan baru didaftarkan. Bila banyak kereta, maka jalanraya menjadi sesak dan bila jalan sesak maka org menjadi semakin hilang pertimbangan dan melakukan apa sahaja untuk sampai ke destinasi dengan cepat salah satu nya adalah dengan memotong que.

Potong Que adalah satu perbuatan kurang ajar yang paling aku tak suka, perbuatan ini seperti merampas hak yang telah dimiliki oleh orang lain. Sebagai contoh: A telah beratur selama lebih kurang 15 minit beratur utk bayar tol, oleh kerana si B tergesa-gesa atau memang sifatnya yang kurang ajar, memotong barisan dan menafikan hak A yang telah lama beratur. Aku sebagai orang Melayu sejak kecil tidak pernah diajar untuk mengambil hak org lain oleh ibu bapa aku tetapi mungkin bagi org lain, mengambil hak org lain adalah sesuatu yang mulia, aku tak nak menuduh sesiapa, nanti aku dikatakan racist pulak.

Rakyat Malaysia ni memang suka makan, kadang kala mereka suka bungkus makanan dan makan dalam kereta bersama-sama keluarga, namun bila dah habis makan plastik pembukus makanan dibuang ke luar kenderaan, sifat ini amatlah tidak beretika, kalau di Negara-negara maju perbuatan membuang sampah adalah satu kesalahan yang besar, mereka (Negara-negara maju) tidak mempunyai penguatkuasaan yang ketat tentang ini tetapi disiplin diri yang telah diajar sejak dari kecil untuk tidak membuang sampah merata-rata. Namun di Malaysia sebaliknya, ibu bapa pulak yang mengajar anak2 utk buang sampah ke luar tingkap kereta.

Tahukah anda purata kelajuan maksimum lebuh raya di Lembah Kelang adalah 90KM sejam? Aku rasa ramai yang tidak tahu tentang ini, ramai yang menyangka kelajuan maksimum Lebuh Raya adalah 110KM sejam, tetapi itu hanya terpakai di Lebuhraya Utara selatan Sahaja (PLUS). Aku pernah mengalami peristiwa di LDP (kelajuan maksima 90KM sejam), biasalah jalan sesak tetapi bergerak perlahan, aku berada di lorong memotong dengan kelajuan 70 – 80KM sejam, tak boleh laju sebab kereta banyak, namun ada satu kutu dengan kereta buatan luar Negara (paham-paham sajalah golongan mana yang sukan pakai kereta buatan luar Negara) di belakang aku menaikkan lampu tinggi untuk memotong, org ini sungguh tidak berakal dan bertamadun kerana ingin memotong dalam keadaan:
1. Jalan sesak kereta banyak &
2. Memandu dengan kelajuan lebih dari kelajuan maksima 90KM sejam.

Memang org begini mampu untuk membayar saman jika disaman Polis tapi jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan jangan pentingkan diri sendiri ikutlah peraturan jalanraya yang telah ditetapkan oleh Kerajaan, kalau tak nak ikut undang-undang Malaysia, jangan tinggal di Negara ini.

Kita patut berbangga menjadi rakyat sebuah Negara yang aman makmur dan harmoni, namun janganlah akibat dari segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan Negara kita gagal mencapai wawasan yang diimpikan, kita mempunyai masa lebih kurang 9 tahun sahaja untuk mencapai Wawasan 2020, adakah kita mampu mencapai wawasan tersebut? Tepuk dada tanyalanh selera.

Friday, October 8, 2010

Harga Rokok




Topik yang ingin dibincangkan minggu ini adalah harga rokok. Setelah sekian lama aku tidak update blog yang sepi ini, (cewah mcm selalu sangat aku update blog ni...) topik yang ingin aku sentuh adalah kenaikan harga rokok yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ni. Adakah korang merasakan kenaikan harga rokok ini adalah wajar? Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab adakah korang bersetuju?

Cukai rokok merupakan sumbangan pendapatan yang paling tinggi kepada Kerajaan, tanggal September 2010 harga rokok dinaikan sebanyak RM1.50 menjadikan harga rokok pada masa kini di Malaysia setaraf dengan harga rokok di negara jiran kita Singapura (RM10.00 sekotak: ambik kau). (selepas ni rakyat singapura dah tak berupaya nak seludup rokok lagi..padan muka korang).

Di negara kita sejumlah tiga juta perokok atau kira-kira 11 peratus daripada jumlah penduduk negara ini cuba bayangkan kalau cukai dan harga rokok dinaikkan, berapakah pendapatan yang kerajaan dapat? aku pun tak dapat nak kira sebab tak ada faks & figure. Tapi ikut logik, pendapatan kerajaan daripada cukai rokok ni mencecah berbilion ringgit setahun. Tak mustahil harga rokok akan naik sehingga RM30 sekotak pada masa hadapan. Jadi kepada perokok bersiap siagalah bagi menghadapi kenaikan harga rokok.

Sebagai perokok aku patut berbangga kerana aku merupakan antara penyumbang kepada pendapatan negara melalui pembelian rokok setiap hari. Mari kita buat pengiraan matematik mudah berkenaan rokok:
Rakyat Malaysia yg hisap rokok = 3,000,000 org
Harga rokok sekotak = RM10.00
Jika setiap hari yg 3 juta org ni beli rokok maka jualan rokok mencecah RM30,000,000 sehari di darap pulak dengan 365 hari dalam setahun = RM10,950,000,000 pergh mmg kaya Kerajaan kalau cukai dikenakan keatas jualan rokok ini.

Suka aku menyingkap tentang budaya merokok di kalangan org kita ni. Dulu semasa kecil aku selalu melihat Tok Wan & Abah aku hisap rokok dan pada masa tu aku sikit pun tak teringin untuk hisap rokok, aku pun terpengaruh untuk hisap rokok ni adalah daripada rakan2 sebaya lah, aku tak menyalahkan mereka malah semua remaja mmg mcm tu, teringin sangat nak hisap rokok supaya nampak lebih gentleman lebih matang, lelaki idaman Malaya lah katakan.

Dahulu semasa tahun 1995 sekotak rokok Dunhill 7 hanyalah RM1.50 @ RM1.70. Harga rokok Dunhill 20 pada masa tu tak sampai RM4.00 jadi masa tu sangat mewah dengan rokok. Semua org boleh beli rokok dengan mudah dan rokok pulak masa tu terdapat dalam pelbagai pilihan.

Aku berasa amat menyesal apabila sekarang aku menjadi seorang perokok tegar, mungkin belum terlambat untuk aku kembali ke pangkal jalan iaitu berhenti merokok, buat masa sekarang amat sukar bagi aku melaksanakannya tapi aku berazam suatu hari nanti aku akan berhenti merokok juga. Kepada anda yg baru cuba2 untuk mendekati rokok aku nasihatkan supaya lupakan niat murni anda itu.

Thursday, July 15, 2010

Ibu Bapa Bukan Liabiliti

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya…
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak…

“Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

”Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

“Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit….Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.

Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’, tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

”Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

“Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.

Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap member kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:
”Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

“memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Dipetik dari: www.petua.org

Friday, April 2, 2010

SALAM TAKZIAH BUAT ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI

Aku ingat lagi time aku sekolah menengah sekitar tahun 90 an, majalah yang paling aku minat adalah majalah Ujang dan watak yang paling aku suka adalah "Pak Cik Din Beramboi". Watak ni boleh datang dalam bermacam-macam cara dan karakter, kadang-kadang macam pengutip sampah pun ada, macam peminta sedekah pun ada yang penting aku suka watak ini kerana tampil dalam cara yang tersendiri dan kreatif.

Disamping itu aku juga rajin juga mendengar radio, dan radio yang aku suka adalah Time Highway Radio (THR kot...aku pun tak ingat dah lama sangat dan radio tu, entah wujud entah tidak sekarang ni)Deejay yang best pada masa tu...tak lain tak bukan Din Beramboi, jarang tampil dalam TV, tak tahu penampilan macam mana, adakah sama dengan watak kartun yang dia lukis?. Itu sekitar tahun 90 an, aku pun tak tahu yang mana satu Din Beramboi.

Sehinggalah beliau muncul pada akhir tahun 90 an, aku meminati beliau kerana penampilan kreatif yang ditampilkan oleh beliau.

Al-Fatihah untuk Arwah Din Beramboi

Friday, March 26, 2010

HARI SABTU YANG TENANG

Hari ini adalah hari sabtu yang merupakan hari kelaziman bagi semua kakitangan awam bercuti, inilah masa yang sesuai untuk mendekati keluarga, maklumlah hari-hari kerja malam baru balik rumah. Kesian ana punya isteri, hari ini kena kerja, biasalah kerja dengan syarikat swasta. Bila isteri kena bertugas ini lah tugas aku, jaga anak2 kat rumah....fuhh!!! memang puas aku bermain dengan anak2 hari ini.