Followers

Wednesday, December 21, 2011

Kisah benar di Permatang Rawa…wallahualam...

Kisah ni benar2 belaku di kampung permatang rawa mukim 8, tiada unsur tokok tambah cerita, semuanya berlaku dihadapan mata hamba allah itu sendiri, aku hanya dengar dari mulut kemulut, dan mulut yang aku dengar ini semuanya boleh dipercayai. Apa – apa pun makhluk ini juga adalah ciptaanNya juga seperti mana kita ni manusia juga ciptaanNya.
Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN, ALLAHUMMA SOLLIWASALLIM ALA SAIYIDINA MUHAMMADIW WAALA ALIHI WASOH BIHI AJMA IN.

Kereta putih berjalan sendiri.

Siti aishah, mak sedara aku, aku panggil ‘jang’ emak kepada Muhammad afiq, dan ia adik kepada abah aku, ia tinggal di kulim datang ke kampungnya setiap minggu. Haaa detail kan?....ok ok sudah! Cerita mcm ni…hari jumaat atau sabtu malam itu, dalam pukul 9mlm mcm tu la jang aku ni nak balik rumah dia di kulim. Bawak kereta sendiri bagai la bersama anak perempuan bongsu dia ni. Ok sampai je di atas jalan nak lintas. Anak perempuan ni suruh berhenti dulu sebab ada kereta ni sedang undur. Jadi jang aku ni pun henti la kereta dulu nak bg peluang pada kerata putih ni undur. Ok la semasa itu tiada syak apa2 lg. normal la kan kereta tu mungkin tuan dia nak alih letak kan lain ke kan…baik la tggu smpai kereta tu undur. Tiba2 kereta putih ni belok ke kanan jalan tanpa buka lampu kereta dan kereta putih itu jalan begitu pelehan. Kereta kereta yang di jalan pun berhenti bagi kereta putih tu lintas dahulu sebabnya kereta putih tu jalan sangat pelehan. Lepas habis ja kereta putih tu cros jalan raya tu. Mereka ni semua ni himpun diatas jalan tu nak tgk siapa yang keluar dari kereta tu yang berani buat kerja berani mati ni cros jalan buat bodoh ja, tapi tak dak siapa pun keluar dari kereta putih tu, kemudian tuan empunya keretu datang, mereka semua terkejut bila tuan empunya kereta tu tnya ‘ sapa bawak wa punya kereta sana jalan ?’ (tuan empunya kereta ni cina). Sebenarnya pada waktu awal lagi semasa kereta tu nak belok ke kanan dan semasa kereta tu sedang melintas jalan tu jang aku, anak perempuannya sudah Nampak yang dalam kereta putih tu tak dak orang yang pandu pun. Semua jadi persoalan siapa kah yang pandu dalam kereta putih tu? Hantu? Wallahualam semua itu juga makhluk allah juga mempercayai atau tidak ia tetap makhluk allah. (gambar tak sempat nak ambil sebabnya semua masa itu dalam keadaan ketakutan) sekian.

Kisah kedua.

Panglima hitam.

Kisah ni pula dari jiran aku (nama tak perlu sebut, sebab aku kurang percaya sangat dengan apa yang dia cakap, tetapi apa yang di cerita balik oleh saudara mara ku tak kan aku tak percaya pula kan? Semua ini makhluk allah) jiran aku ni jual beger malam2, selalu dia habis jual dalam pukul 12 atau 1 pagi la…satu hari tu dia rasa nak balik awal sikit entah kenapa la …dia cerita aku dengar saja..dia rasa nak balik awal hari tu…dalam pukul 11.30 katanya dia balik…dalam kemas2 hantar barang balik rumah dia…dia ternampak satu lembaga sedang berjalan2 dalan hutan pokok pisang di mana hutan tu belakang sahaja dengan rumah ndak aku. Kembali pada lembaga tadi, dia napak lembaga berjalan dalam hutan tu berbaju hitam seperti seorang pahlawan melayu bersama tengoloknya TETAPI lembaga itu tidak berkaki..jiran ni kata ini pertama kali dia jumpa lembaga seperti ini, ada juga yang ternampak lembaga seperti ni tapi tak bercerita, bila jiran ni mula start cerita barulah yang lain2 mulakan cerita mereka bahawa yang lembaga seperti pahlawan ni sering kali muncul dan pernah ganggu penduduk permatang rawa ni dan orang yang paling dekat dengan aku serta keluarga aku. Itu la panglima berbaju hitam tanpa berkaki. Apa yang kita perlu percayai makhluk seperti ini, ia juga sebahagian daripada ciptaan allah. So kuatkan semangat sahaja.

Kisah ketiga.

Asap yang keluar seperti jin.

Asap yang keluar seperti jin ni. Bentuk asap tu pandai2 la hampa bayangkan sendiri mcm cerita aladin tu yang asap dia keluar dari botol tu ajiab tu mcm tu la sorang manusia ni Nampak. Dia yang selalu Nampak asap yang keluar dari tepian parit atas jalan tu adalah ndak aku, sebabnya setiap pagi dia teman anak anak dia naik bus sekolah, (selingan bus pak Hassan,bus sekolah turun temurun). Ndak aku ni selalu Nampak asap tu keluar dari tepian parit atas jalan raya tu….apa maksud semua ini…


Apa pun semua ini sebagaian dari dari ciptaanNya tak perlu taksub dengan keadaan mcm ni. Apa2pun allah itu maha perlindung.

Sekian.

TQ to Perbualan Saya yg sudi meminjamkan post

Best jugak Video Mat Lufthi nih.....



Boleh tgk video dia yang lain2 kat You Tube

Monday, December 19, 2011

Andai Dapat ku Undur Masa


Petang semalam selepas habis kerja aku lepak kat Kedai Mamak dengan partner aku Mat Bangla (dah 20 tahun lebih duduk Malaysia buat bisnes ). Tiba tiba dia bersuara..."Malaysia punya orang BODOH...Melayu bodoh, Cina bodoh, India pun bodoh" sambil matanya menonton TV yang sedang menyiarkan berita. Bengang betul aku...rasa macam nak hentak dia kat situ jugak "Celaka Mat Bangla ni" bisik hatiku..."Apa pasal kau cakap macam tu?" aku tanya dia..."U orang suma patut kena hantar pergi Bangladesh!!" jawabnya.."Hantar duduk satu minggu...tengok macam mana U orang boleh tahan ka atau tidak?" tambahnya...aku diam sambil menunggu apa yang dia cuba nak sampaikan..."U tengok ini tiles" sambil menunjuk lantai kedai Mamak..."sana Bangladesh dia punya Airport (bunyinya Ayer Pot..) pakai ini macam tiles la".."Sini...itu bas station serupa macam Airport (Ayer pot lagi...merujuk pada stesyen bas diCheras).."jalanraya cantik..ada banyak pokok2 tepi jalan" ceramah dia bermula.."cari wang senang, bisnes bagus, kereta cantik boleh pakai...rumah pun banyak ada...kerja pun banyak ada tapi U orang tak tau syukur..Sana Bangladesh apa pun takda, lagi negeri pun banyak kotor..jalanraya kalangkabut...tak ada sistem..miskin...tak tau apa dia punya pemerintah sudah buat"... ."mungkin dia tak ada bajet"..aku mencelah."Bukan pasal tak da bajet..kemudahan asas mesti dia kena sediakan...jalanraya mesti mau baik supaya rakyat senang bergerak macam kat Malaysia ni...bandar2 mesti mau cantik dan bersih macam disini...tapi sekarang orang Malaysia pun tak terima kasih sama kerajaan..tamak, mau lawan kerajaan...dulu masa Mahathir punya time..semua orang dengar sama dia..suma orang pun takut mau lawan...kerja saja..itu pasal saya banyak rindu sama Mahathir..."..."Itu pasal saya mahu hantar ini Melayu, Cina, India pergi Bangladesh...baru diorang tahu harga Malaysia macam mana...tak payah cakap satu minggu lah...2 hari dia orang mesti balik Malaysia lah!!!" tambahnya lagi..."Wah..macam ni aku nak tulis kat Facebook lah cerita ni"sampukku.."Wah..boleh kah itu macam?...U taruk saya punya nama sama itu nombor telefon satu kali...nanti kalau ada orang mau cakap, saya mahu hantam sama dia!!"tambahnya lagi, mengakhiri topik yang menarik ini......

Monday, December 5, 2011

82 RAHSIA TAHI LALAT


1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas