Followers

Saturday, October 9, 2010

Potong Barisan

Salam 1 Malaysia, minggu ni suka aku untuk beleter tentang suasana jalan raya Malaysia. Sejak kebelakangan ni rajin pulak aku update blog ni, walaupun aku tahu berapa org sangat lah yang melayari blog keramat aku ini. Tapi tak mengapa sekurang-kurang nya blog ini adalah saluran bagi aku meyalurkan pendapat.

Tun Dr. Mahathir semasa era pemerintahan mensasarkan Negara tercinta Malaysia menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020. Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Bagi mencapai Wawasan 2020, Negara bukan saja perlu maju dari segi ekonomi, malah dari segi sosial. Aku rasa kalau dari segi ekonomi tak ada masalah untuk Negara kita capai, tapi Malaysia masih lagi akan gagal dari segi sosial. Kenapa aku berkata begitu? Rakyat Malaysia belum bersedia atas 3 sebab utama iaitu potong que, buang sampah merata-rata dan tiada hemah di Lebuhraya, itu belum termasuk yang lain-lain yang aku tak highlight disini.

Rakyat Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur memang tidak dinafikan mempunyai tahap ekonomi yang tinggi, semua org berupaya menggunakan kenderaan terutamanya kereta, pada tahun 2009 sahaja lebih 500,000 kenderaan baru didaftarkan. Bila banyak kereta, maka jalanraya menjadi sesak dan bila jalan sesak maka org menjadi semakin hilang pertimbangan dan melakukan apa sahaja untuk sampai ke destinasi dengan cepat salah satu nya adalah dengan memotong que.

Potong Que adalah satu perbuatan kurang ajar yang paling aku tak suka, perbuatan ini seperti merampas hak yang telah dimiliki oleh orang lain. Sebagai contoh: A telah beratur selama lebih kurang 15 minit beratur utk bayar tol, oleh kerana si B tergesa-gesa atau memang sifatnya yang kurang ajar, memotong barisan dan menafikan hak A yang telah lama beratur. Aku sebagai orang Melayu sejak kecil tidak pernah diajar untuk mengambil hak org lain oleh ibu bapa aku tetapi mungkin bagi org lain, mengambil hak org lain adalah sesuatu yang mulia, aku tak nak menuduh sesiapa, nanti aku dikatakan racist pulak.

Rakyat Malaysia ni memang suka makan, kadang kala mereka suka bungkus makanan dan makan dalam kereta bersama-sama keluarga, namun bila dah habis makan plastik pembukus makanan dibuang ke luar kenderaan, sifat ini amatlah tidak beretika, kalau di Negara-negara maju perbuatan membuang sampah adalah satu kesalahan yang besar, mereka (Negara-negara maju) tidak mempunyai penguatkuasaan yang ketat tentang ini tetapi disiplin diri yang telah diajar sejak dari kecil untuk tidak membuang sampah merata-rata. Namun di Malaysia sebaliknya, ibu bapa pulak yang mengajar anak2 utk buang sampah ke luar tingkap kereta.

Tahukah anda purata kelajuan maksimum lebuh raya di Lembah Kelang adalah 90KM sejam? Aku rasa ramai yang tidak tahu tentang ini, ramai yang menyangka kelajuan maksimum Lebuh Raya adalah 110KM sejam, tetapi itu hanya terpakai di Lebuhraya Utara selatan Sahaja (PLUS). Aku pernah mengalami peristiwa di LDP (kelajuan maksima 90KM sejam), biasalah jalan sesak tetapi bergerak perlahan, aku berada di lorong memotong dengan kelajuan 70 – 80KM sejam, tak boleh laju sebab kereta banyak, namun ada satu kutu dengan kereta buatan luar Negara (paham-paham sajalah golongan mana yang sukan pakai kereta buatan luar Negara) di belakang aku menaikkan lampu tinggi untuk memotong, org ini sungguh tidak berakal dan bertamadun kerana ingin memotong dalam keadaan:
1. Jalan sesak kereta banyak &
2. Memandu dengan kelajuan lebih dari kelajuan maksima 90KM sejam.

Memang org begini mampu untuk membayar saman jika disaman Polis tapi jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan jangan pentingkan diri sendiri ikutlah peraturan jalanraya yang telah ditetapkan oleh Kerajaan, kalau tak nak ikut undang-undang Malaysia, jangan tinggal di Negara ini.

Kita patut berbangga menjadi rakyat sebuah Negara yang aman makmur dan harmoni, namun janganlah akibat dari segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan Negara kita gagal mencapai wawasan yang diimpikan, kita mempunyai masa lebih kurang 9 tahun sahaja untuk mencapai Wawasan 2020, adakah kita mampu mencapai wawasan tersebut? Tepuk dada tanyalanh selera.

Friday, October 8, 2010

Harga Rokok




Topik yang ingin dibincangkan minggu ini adalah harga rokok. Setelah sekian lama aku tidak update blog yang sepi ini, (cewah mcm selalu sangat aku update blog ni...) topik yang ingin aku sentuh adalah kenaikan harga rokok yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ni. Adakah korang merasakan kenaikan harga rokok ini adalah wajar? Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab adakah korang bersetuju?

Cukai rokok merupakan sumbangan pendapatan yang paling tinggi kepada Kerajaan, tanggal September 2010 harga rokok dinaikan sebanyak RM1.50 menjadikan harga rokok pada masa kini di Malaysia setaraf dengan harga rokok di negara jiran kita Singapura (RM10.00 sekotak: ambik kau). (selepas ni rakyat singapura dah tak berupaya nak seludup rokok lagi..padan muka korang).

Di negara kita sejumlah tiga juta perokok atau kira-kira 11 peratus daripada jumlah penduduk negara ini cuba bayangkan kalau cukai dan harga rokok dinaikkan, berapakah pendapatan yang kerajaan dapat? aku pun tak dapat nak kira sebab tak ada faks & figure. Tapi ikut logik, pendapatan kerajaan daripada cukai rokok ni mencecah berbilion ringgit setahun. Tak mustahil harga rokok akan naik sehingga RM30 sekotak pada masa hadapan. Jadi kepada perokok bersiap siagalah bagi menghadapi kenaikan harga rokok.

Sebagai perokok aku patut berbangga kerana aku merupakan antara penyumbang kepada pendapatan negara melalui pembelian rokok setiap hari. Mari kita buat pengiraan matematik mudah berkenaan rokok:
Rakyat Malaysia yg hisap rokok = 3,000,000 org
Harga rokok sekotak = RM10.00
Jika setiap hari yg 3 juta org ni beli rokok maka jualan rokok mencecah RM30,000,000 sehari di darap pulak dengan 365 hari dalam setahun = RM10,950,000,000 pergh mmg kaya Kerajaan kalau cukai dikenakan keatas jualan rokok ini.

Suka aku menyingkap tentang budaya merokok di kalangan org kita ni. Dulu semasa kecil aku selalu melihat Tok Wan & Abah aku hisap rokok dan pada masa tu aku sikit pun tak teringin untuk hisap rokok, aku pun terpengaruh untuk hisap rokok ni adalah daripada rakan2 sebaya lah, aku tak menyalahkan mereka malah semua remaja mmg mcm tu, teringin sangat nak hisap rokok supaya nampak lebih gentleman lebih matang, lelaki idaman Malaya lah katakan.

Dahulu semasa tahun 1995 sekotak rokok Dunhill 7 hanyalah RM1.50 @ RM1.70. Harga rokok Dunhill 20 pada masa tu tak sampai RM4.00 jadi masa tu sangat mewah dengan rokok. Semua org boleh beli rokok dengan mudah dan rokok pulak masa tu terdapat dalam pelbagai pilihan.

Aku berasa amat menyesal apabila sekarang aku menjadi seorang perokok tegar, mungkin belum terlambat untuk aku kembali ke pangkal jalan iaitu berhenti merokok, buat masa sekarang amat sukar bagi aku melaksanakannya tapi aku berazam suatu hari nanti aku akan berhenti merokok juga. Kepada anda yg baru cuba2 untuk mendekati rokok aku nasihatkan supaya lupakan niat murni anda itu.

Thursday, July 15, 2010

Ibu Bapa Bukan Liabiliti

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya…
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak…

“Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

”Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

“Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit….Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.

Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’, tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

”Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

“Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.

Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap member kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:
”Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

“memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Dipetik dari: www.petua.org

Friday, April 2, 2010

SALAM TAKZIAH BUAT ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI

Aku ingat lagi time aku sekolah menengah sekitar tahun 90 an, majalah yang paling aku minat adalah majalah Ujang dan watak yang paling aku suka adalah "Pak Cik Din Beramboi". Watak ni boleh datang dalam bermacam-macam cara dan karakter, kadang-kadang macam pengutip sampah pun ada, macam peminta sedekah pun ada yang penting aku suka watak ini kerana tampil dalam cara yang tersendiri dan kreatif.

Disamping itu aku juga rajin juga mendengar radio, dan radio yang aku suka adalah Time Highway Radio (THR kot...aku pun tak ingat dah lama sangat dan radio tu, entah wujud entah tidak sekarang ni)Deejay yang best pada masa tu...tak lain tak bukan Din Beramboi, jarang tampil dalam TV, tak tahu penampilan macam mana, adakah sama dengan watak kartun yang dia lukis?. Itu sekitar tahun 90 an, aku pun tak tahu yang mana satu Din Beramboi.

Sehinggalah beliau muncul pada akhir tahun 90 an, aku meminati beliau kerana penampilan kreatif yang ditampilkan oleh beliau.

Al-Fatihah untuk Arwah Din Beramboi