Followers
Thursday, October 13, 2011
Lawak Lawak Lawak
Hari pertama Chot kerja jadi Pak Guard, dia dapat tangkap 2 orang staf sebab melakukan sex di dalam pejabat.
Chot: Aha! Ini dah menyalahi undang-undang syarikat!
Lelaki: Undang-undang apa?
Chot: Tak pakai uniform!
-------------------------------------------------------------------------------------
Satu hari Ajoi perlu ke KL untuk menduduki satu temuduga. Ajoi berniat untuk tidur di rumah member kamceng dia, Sumardi. Pada hari yang dijanjikan Ajoi pun menaiki keretapi dari Seremban manakala Sumardi menunggu dia di KL Sentral. Setelah sampai, Ajoi turun dari keretapi tetapi muka dia sangat pucat, almaklumlah itulah first time dia menaiki keretapi.
Sumardi: Salam Joi, sahabatku! Pesal muka lu pucat semacam jer?
Ajoi: Aku tak biasalah naik keretapi. Lepas tu aku duduk menghadap ke arah bertentangan, kepala aku pening la bro.
Sumardi: Sian lu, apasal tak tukar tempat duduk dengan orang yang duduk depan ko?
Ajoi: Aku nak tukar jugak tapi tak boleh..
Sumardi: Naper tokleh? Dia tak kasi ker?
Ajoi: Masalahnya depan aku takde orang duduk, camner aku nak ajak tukar tempat…
Sumardi: Grpppdkkk..!
-------------------------------------------------------------------------------------
Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..
sedang berlangsung ujian berkaitan serangga..
Ujian kali ini susah susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari hanya dari potongan-potongan kaki serangga yang diberikan oleh Pensyarah...
Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian.
Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!"
Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata..
"Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau???!!!"
Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata...
"Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"
-------------------------------------------------------------------------------------
org: kera,buah apa yg ada rambut?
Kera: rambutan!
Org: pandai.. Kereta apa yg ada satu tayar dan takde enjin?
Kera: ______ ______!!
*cuba teka apa yg kera jawap?
-------------------------------------------------------------------------------------
Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja.
"Saya sama sekali tidak mencurinya, Yang Arif " kata si pemuda itu membela diri.
"Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat terpaksa saya mengambil motornya."
-------------------------------------------------------------------------------------
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".
-------------------------------------------------------------------------------------
Seekor semut membisik ke telinga gajah...
Kemudian si gajah pengsan, jatuh ke tanah....
Nak tau ape semut ckp???
"Sayang....I hamil anak u..." hahahahaha
-------------------------------------------------------------------------------------
Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".
"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".
Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".
ckp: hahahahahahahahaha apa pon x boley la budak2 nih ! gatai ! ;))
-------------------------------------------------------------------------------------
Hahahaha ada lagi....tunggu kemunculannya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment