Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.
4 - Seks menguatkan kesihatan jantung.
Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.
5 - Seks meninggikan Self-Esteem.
Seks meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.
6 - Seks membuatkan kita lebih menyayangi.
Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.
7 - Seks mengurangkan sakit.
Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.
8 - Seks mengurangkan risiko kanser Prostat.
Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.
9 - Seks menguatkan otot pelvis.
Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.
10 - Seks membuatkan anda tidur lebih nyenyak.
Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.
*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share pun dgn semua orang.
terbaik !
ReplyDelete