Kepada penulis blog perbualan saya dalam Entry terbarunya mengajukan 11 soalan dan inilah jawapannya:
1. bilakah tun dr.mahathir mohammad melepaskan jawatanya sebagai perdana menteri?
31 Oktober 2003
2. tahun bilakah empayar melaka musnah?
24 Ogos 1511 oleh Portugis
3. senaraikan 5 sahabat/saudara pahlawan melayu melaka.
Hang Tuan, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi
4. siapa itu dinasti han?
Dinasti Han (Tulisan Cina Tradisional: 漢朝, pinyin: Han Chao) (206 SM - 220) adalah satu daripada tiga dinasti yang paling berpengaruh di China sepanjang sejarahnya. Dinasti ini meletakkan dasar-dasar kebangsaan China mewarisi penyatuan China dari dinasti sebelumnya, Dinasti Qin. Dinasti Han sendiri didirikan oleh Liu Bang, seorang petani yang memenangi perang saudara dengan saingannya, Xiang Yu. Dinasti Han merupakan salah satu dinasti terkuat di China, dan disebabkan pengaruhnya yang besar, etnik-etnik majoriti di China sekarang ini menyebut mereka orang Han (walaupun mungkin nenek moyang mereka bukan dari etnik Han).
Kronologi Empayar
Setelah mengalahkan negeri Chu, kemudian Liu Bang menggabungkan negeri-negeri lain di China dan mendirikan dinasti Han.
Struktur Pemerintahan
Pada awalnya, Liu Bang (Maharaja Gao) membahagi negara menjadi beberapa bahagian feudal dengan maksud untuk memuaskan para pemimpin negeri yang bergabung dengannya ketika perang Chu-Han, walaupun dia merancang untuk menyingkir mereka setelah Liu Bang menggabungkan dan menyusun pasukan tenteranya.
Sosial, Budaya dan Agama
Pada masa dinasti Han, ajaran Konfusius dan Taoisme berkembang pesat.
Hubungan Luar
Dinasti Han melakukan perdagangan dan meluaskan budayanya ke negara Korea, Mongolia, Vietnam, dan AsiaTengah
Tokoh Dinasti Han
• Liu Bang : pengasas dinasti Han dan maharaja pertama dinasti Han Timur
• Liu Xiu : seorang anggota kerajaan Liu yang berjaya mengguling dinasti Xin, dan mendirikan kembali dinasti Han (atau yang dikenal dengan Han Timur)
• Wang Mang : pemberontak yang pada akhirnya berjaya mengguling pemerintahan dinasti Han Barat, kerana menganggap keluarga kerajaan Liu sudah tidak mempunyai kuasa mandat syurgawi lagi.
5. berikan tarikh dato seri najib memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.
31 Oktober 2003 - 3 April 2009
6. siapa anda dalam keluarga anda
Anak sulung (Otai Permatang Rawa)
7. apakah cita2 anda semasa kecil
Askar
8. berikan nama gf/bf anda sekarang (bg huruf dpn dan belakang pun tak pa)
Anda sendiri mengetahuinya, aku dh kawin
9. kasut jenis apa yang anda suka guna?
Sandal ja, banyak angin masuk
10. pen jenama apa menjadi keselesaan anda apabila mengunanya?
Ball Pen
11. apa maksud nama anda?
Surah Az-Zumar, surah ke 39 mengandungi 39 ayat
No comments:
Post a Comment