Followers

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU




Dipetik dari wall post Anti-PKR Club 15 Mei 2011


Walau imbuhan dijanjikan, Cikgu-Cikgu akan tetap memilih pembangkang...

Bersempena Hari Guru pada tahun ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin bakal mengumumkan "khabar gembira" buat semua cikgu-cikgu kita di seluruh negara. Kalau tidak hari ini, esok akan diumumkan, harap cikgu-cikgu semua bersabar. Hadiah masih berbalut, belum tahu isi di dalamnya...

Pada aku, meskipun diberikan imbuhan dan sebagainya, belum tentu ia dapat memikat hati cikgu-cikgu kita ini. Majoriti cikgu-cikgu kita sekarang ni menyokong pembangkang! Ini bukan berita palsu, ini hakikat pahit yang perlu Kerajaan terima dengan hati yang terbuka...

Di sekitar tahun 60'an, 70'an, 80'an dan 90'an, masih ramai guru yang menyokong Kerajaan. Namun, selepas tahun 2000, kebanyakkan guru tidak lagi menyokong kerajaan meskipun mereka diberikan pelbagai imbuhan dan ganjaran.

Cikgu-cikgu kita ini menuntut kenaikan elaun itu dan ini. Mereka meminta kenaikan gaji dan bonus. Cikgu-cikgu kita ini mendesak itu dan ini. Dan mereka dapat apa yang mereka inginkan. Hanya sedikit saja yang mereka tak dapat...

Cikgu-cikgu kita ni kata beban mereka semakin banyak. Kerja-kerja di sekolah semakin bertambah. Sistem pelajaran, silibus, dan dokumentasi yang perlu diuruskan sendiri oleh guru semakin bertimbun. Itu belum lagi disebut tentang kerja mengajar mereka...

Macam-macam kerja cikgu-cikgu kita ni kena buat. Dari mengajar murid dan pelajar yang semakin kurang ajar dan mak bapak yang masuk sebelah anaknya yang samseng, hinggalah "pedagogi" dan pelbagai sistem pelajaran yang sering berubah-ubah mengikut "mood" Kementerian, semua itu perlu dilakukan oleh guru-guru.

Kursus-kursus oleh PPD turut membebankan. Teks dan silibus yang bertambah serta sering ditukar, sering menjadi rungutan guru. Periksa kertas peperiksaan, kurikulum, dan macam-macam lagi mereka kena buat. Hinggakan photostat pun depa juga kena buat sendiri. Kerani sekolah tak nak buat!

Itu adalah antara keluhan cikgu-cikgu kita sekarang. Mereka kini semakin berpaling arah kepada pembangkang, mungkin kerana "janji manis" yang mengiurkan hati mereka. Biarpun tidak pasti akan janji-janji itu, itu sudah cukup untuk mereka memilih pembangkang. Apatah lagi dengan sikap beberapa pemimpin UMNO yang "berlagak" dan menyebelahi anak mereka yang kurang ajar, menyukarkan kerja-kerja cikgu-cikgu kita ini.

Apakah dengan imbuhan yang bakal TPM umumkan ini maka mereka akan berpaling semula menyokong Kerajaan? Saya sangsi.

Pada aku, cikgu-cikgu di zaman ini hilang sifat nasionalisme dan menghargai kerajaan kerana mereka juga sering dimanjakan. Memang benar beban mereka bertambah banyak dan sistem pelajaran kini semakin sukar dan berubah-ubah. Namun, mereka juga mendapat balasan yang setimpal dengan kerja mereka.

Mereka hanya bekerja separuh hari berbanding pegawai-pegawai kerajaan yang lain yang terpaksa bekerja sehingga larut malam. Namun, gaji dan elaun cikgu-cikgu kita ini lebih banyak dari pegawai kerajaan lain. Apakah mereka hargai semua itu?

Sememangnya sebelum mereka memohon menjadi guru lagi mereka sudah tahu akan beban dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Jadi bila sudah diterima menjadi guru, kenapa mereka mengeluh dengan bebanan kerja yang bertimbun-timbun? Budak sekolah cuti, mereka pun cuti, sedangkan pegawai Kerajaan lain berkerja siang dan malam.

Pada aku, ini semua adalah soal "ATITUDE" cikgu-cikgu kita ini. Cikgu-cikgu kita sekarang tidak sama attitudenya dengan cikgu-cikgu kita dahulu. Cikgu-cikgu sekarang sudah senang banyak, tapi tidak tahu erti menghargainya.

Setahu aku, ramai cikgu-cikgu sekarang yang tidak berdisiplin. Hisap rokok dalam sekolah, keluar sekolah untuk ambil anak diwaktu mengajar untuk beli barang rumah, angkat baju sebab hari nak hujan dan pelbagai aktiviti peribadi sendiri. Itu belum lagi disebut mengenai cikgu yang menggatal dan mencabul pelajar!

Ada juga guru-guru yang berniaga di sekolah. Bukan setakat tudung, pinggan mangkuk, minyak angin, penapis air, kuih raya, kain pasang, kain batik, insurans, kosmetik, brooch dan nira nipah, malah ada juga yang jadi "salesman" jual kereta! Mengumpat dan mengutuk jangan cakaplah, itu aktiviti harian mereka!

Cikgu-cikgu perempuan dok asyik melawa saja. Pakai baju kurung harga beratus-ratus ringgit, bermanik koran dan ber"blink-blink". Pakaian dari hujung kepala sampai hujung kaki mesti sama warna dan "make-up" bertempek penuh di muka! Gaya mak datin!

Cikgu lelaki pula apa lagi, menggatallah kerjanya melihat cikgu-cikgu perempuan kita ni melawa! Tak cukup dengan perbualan yang boleh dianggap "sexual harrasment", mereka sms sampai dirumah. Bukan setakat menggatal dengan guru wanita, pelajar-pelajar perempuan pun di"ngorat"nya!

Itukah sikap dan "ATTITUDE" cikgu-cikgu kita sekarang? Kalau cuti sekolah, maka acara rombongan "Cik Kiah" menjadi agenda rasmi mereka untuk cari duit sambil melancong. Dulu mereka hanya bawa pergi muzium dan zoo, tapi sekarang sampai ke Phuket, Hadnyai, Singapore, Beijing dan Indonesia. Semakin mewah! Banyak duit mereka! Itu pun cikgu-cikgu kita ni kata gaji mereka "ciput"?

Sebab itulah aku katakan bahawa antara guru sekarang dan guru dahulu dibezakan oleh "ATTITUDE" yang sangat ketara. Tak payah aku ceritakan tentang cikgu-cikgu yang pernah mengajar cikgu-cikgu kita ini sekarang. Mereka lebih tahu perbezaannya. Hakikat ini perlu direnung oleh semua warga pendidik di seluruh negara untuk dimuhasabahkan sempena Hari Guru 2011, esok.

Tapi, aku akui, tidak semua guru sekarang mempunyai ATTITUDE yang seperti di atas. Masih ramai lagi yang bagus, dan lebih baik dari guru-guru zaman dahulu. Namun, majoiritinya memang kurang bagus attitudenya. Sebab tu majoriti guru-guru sekarang memilih pembangkang, kerana hanya yang tidak berkualiti sahaja yang akan memilih pembangkang sebagai pilihan mereka.

Maafkan aku sekiranya penulisan aku ini mengguris hati guru-guru zaman sekarang. Namun, janganlah mengambil sikap negatif di atas teguran aku kali ini. Terimalah dengan sikap positif dan bermuhasabahlah diri sendiri. Aku tidak kata aku sempurna, namun itulah yang sempat aku kutip dari guru-guru lama yang sering memerhatikan guru-guru zaman sekarang. Kami memerhati cikgu-cikgu semua...

Akhirnya, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru di Malaysia. Tak kira kepada guru terbaik, yang baik, kurang baik atau paling teruk, aku ucapkan "terima kasih" kerana mendidik anak bangsa. Guru-guru turut menjadi faktor terbesar dalam menentukan kualiti anak bangsa akan datang. Harap cikgu-cikgu semua berubah dan turut sama bertransformasi (berhijrah) kepada yang lebih baik selepas ini.

Aku menegur kerana sayang, bukan kerana benci...

Terima kasih cikgu!

Monday, February 14, 2011

Maulidur rasul



Dulu perasaan Maulid itu tidak ada, Setelah Rasulullah wafat para sahabat Nabi tidak pernah merayakannya begitu juga para Tabi'in sampai akhirnya pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin al-Ayyubi (1138-1193 M) peringatan maulid menjadi sebuah upacara yang kerap dilakukan umat Islam di berbagai belahan dunia.

Waktu itu tujuannya untuk memperkukuh semangat keagamaan umat Islam umumnya, khususnya mental para tentara yang tengah bersiap menghadapi serangan tentara Nasrani dari Eropah pada episod Perang Salib yang terkenal itu.

Maulid adalah kata lain untuk hari lahir. Maulid Nabi Muhammad SAW adalah hari lahir Nabi Muhammad SAW yang dalam tahun Hijriyah jatuh pada bulan Rabiul Awal. Masyarakat Muslim menyambut maulid nabi dengan mengadakan perayaan-perayaan keagamaan seperti pembacaan syair berzanji dan pengajian. Apa itu berzanji???

Barzanji itu karya tulis seni sastra yang isinya bertutur tentang kehidupan Muhammad, mencakup silsilah keturunannya, masa kanak-kanak, remaja, pemuda, hingga diangkat menjadi rasul. Karya itu juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta berbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.

Sejarah Nama Barzanji itu diambil dari nama pengarang naskah tersebut yakni Syekh saja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir di Madinah. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Karya tulis tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd al-Jawahir (Kalung Permata) yang disusun untuk meningkatkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW. Tapi kemudian lebih terkenal dengan nama penulisnya.

Zaman pun berkembang akhirnya pembacaan barzanji ini dilakukan di berbagai kesempatan sebagai sebuah pengharapan untuk pencapaian sesuatu yang lebih baik. Misalnya pada saat kelahiran bayi, mencukur rambut bayi (akikah), acara khitanan, pernikahan, dan upacara lainnya. Bahkan sekarang ini sudah banyak beredar dengan terjemahannya.

Hari-hari jatuhnya Maulid Nabi Muhammad SAW dalam kalender Masehi :
• 2004: 2 Mei
• 2005: 21 April
• 2006: 11 April
• 2007: 31 Mac
• 2008: 20 Mac
• 2009: 9 Mac
• 2010: 26 Februari
• 2011: 15 Februari


Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS : al-Ahzab 33 : 21) Ketauladanan Rasulullah telah dinyatakan oleh al-Qur'an, namun sepeninggalan beliau ketauladanan sebagaimana beliau tetap dibutuhkan dalam pengaktualan Islam sesuaidengan yang dijanjikan dalam firmanNya :
“Dan dalam setiap kaum terdapat pemberi petunjuk" (QS : ar-ra’ad 13 : 7)

mari kita panjatkan shalawat dan salam bersama-sama kepada Rasulullah Muhammad SAW yang kita cintai...

Allahuma sholi ala Muhammad Allahuma sholi aliaihi wa shaliim
RINDU KAMI PADAMU YA RaSUL, RINDU TIADA TERPERI, BERAGAM KATA & CARA DARI MU YARaSUL TERASA DIKAU DISINI
wahai Nabi yang tulus Engkau selalu ada di
hati kami.......

Sumber: http://www.gsrforum.net/forum/index.php?topic=10780.0

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA KORBAN




Saya ingin mengucaopkan Selamat Hari Raya Korban kepada seluruh umat islam di seluruh dunia, semoga pengorbanan yang telah anda lakukan memberi seribu makna dalam hidup anda

Friday, October 29, 2010

Remaja Malaysia Buta Sejarah?




Aku amat terperanjat apabila membaca Utusan Online hari ini kerana terpandang satu artikel berkenaan dengan remaja Malaysia yang buta sejarah, siapalah kita tanpa sejarah? Kenapa kita tidak prihatin terhadap sejarah Malaysia? Adakah kita dah lupa asal usul kita? Bagaimanapun semua rakyat Malaysia wajib mengetahui sejarah supaya kita tahu dimana kita bermula...berikut aku sertakan petikan Utusan Malaysia Online 29 Oktober 2010....

Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.

Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.

Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.

Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.

Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?

Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.

Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara. Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.

Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.

Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.

Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.
Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.

Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.

Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.

Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.

Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri. Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.

Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:
- Remaja masa kini buta sejarah.
- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.
- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.
- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.
- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.
- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.
- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.