Followers

Wednesday, December 21, 2011

Kisah benar di Permatang Rawa…wallahualam...

Kisah ni benar2 belaku di kampung permatang rawa mukim 8, tiada unsur tokok tambah cerita, semuanya berlaku dihadapan mata hamba allah itu sendiri, aku hanya dengar dari mulut kemulut, dan mulut yang aku dengar ini semuanya boleh dipercayai. Apa – apa pun makhluk ini juga adalah ciptaanNya juga seperti mana kita ni manusia juga ciptaanNya.
Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN, ALLAHUMMA SOLLIWASALLIM ALA SAIYIDINA MUHAMMADIW WAALA ALIHI WASOH BIHI AJMA IN.

Kereta putih berjalan sendiri.

Siti aishah, mak sedara aku, aku panggil ‘jang’ emak kepada Muhammad afiq, dan ia adik kepada abah aku, ia tinggal di kulim datang ke kampungnya setiap minggu. Haaa detail kan?....ok ok sudah! Cerita mcm ni…hari jumaat atau sabtu malam itu, dalam pukul 9mlm mcm tu la jang aku ni nak balik rumah dia di kulim. Bawak kereta sendiri bagai la bersama anak perempuan bongsu dia ni. Ok sampai je di atas jalan nak lintas. Anak perempuan ni suruh berhenti dulu sebab ada kereta ni sedang undur. Jadi jang aku ni pun henti la kereta dulu nak bg peluang pada kerata putih ni undur. Ok la semasa itu tiada syak apa2 lg. normal la kan kereta tu mungkin tuan dia nak alih letak kan lain ke kan…baik la tggu smpai kereta tu undur. Tiba2 kereta putih ni belok ke kanan jalan tanpa buka lampu kereta dan kereta putih itu jalan begitu pelehan. Kereta kereta yang di jalan pun berhenti bagi kereta putih tu lintas dahulu sebabnya kereta putih tu jalan sangat pelehan. Lepas habis ja kereta putih tu cros jalan raya tu. Mereka ni semua ni himpun diatas jalan tu nak tgk siapa yang keluar dari kereta tu yang berani buat kerja berani mati ni cros jalan buat bodoh ja, tapi tak dak siapa pun keluar dari kereta putih tu, kemudian tuan empunya keretu datang, mereka semua terkejut bila tuan empunya kereta tu tnya ‘ sapa bawak wa punya kereta sana jalan ?’ (tuan empunya kereta ni cina). Sebenarnya pada waktu awal lagi semasa kereta tu nak belok ke kanan dan semasa kereta tu sedang melintas jalan tu jang aku, anak perempuannya sudah Nampak yang dalam kereta putih tu tak dak orang yang pandu pun. Semua jadi persoalan siapa kah yang pandu dalam kereta putih tu? Hantu? Wallahualam semua itu juga makhluk allah juga mempercayai atau tidak ia tetap makhluk allah. (gambar tak sempat nak ambil sebabnya semua masa itu dalam keadaan ketakutan) sekian.

Kisah kedua.

Panglima hitam.

Kisah ni pula dari jiran aku (nama tak perlu sebut, sebab aku kurang percaya sangat dengan apa yang dia cakap, tetapi apa yang di cerita balik oleh saudara mara ku tak kan aku tak percaya pula kan? Semua ini makhluk allah) jiran aku ni jual beger malam2, selalu dia habis jual dalam pukul 12 atau 1 pagi la…satu hari tu dia rasa nak balik awal sikit entah kenapa la …dia cerita aku dengar saja..dia rasa nak balik awal hari tu…dalam pukul 11.30 katanya dia balik…dalam kemas2 hantar barang balik rumah dia…dia ternampak satu lembaga sedang berjalan2 dalan hutan pokok pisang di mana hutan tu belakang sahaja dengan rumah ndak aku. Kembali pada lembaga tadi, dia napak lembaga berjalan dalam hutan tu berbaju hitam seperti seorang pahlawan melayu bersama tengoloknya TETAPI lembaga itu tidak berkaki..jiran ni kata ini pertama kali dia jumpa lembaga seperti ini, ada juga yang ternampak lembaga seperti ni tapi tak bercerita, bila jiran ni mula start cerita barulah yang lain2 mulakan cerita mereka bahawa yang lembaga seperti pahlawan ni sering kali muncul dan pernah ganggu penduduk permatang rawa ni dan orang yang paling dekat dengan aku serta keluarga aku. Itu la panglima berbaju hitam tanpa berkaki. Apa yang kita perlu percayai makhluk seperti ini, ia juga sebahagian daripada ciptaan allah. So kuatkan semangat sahaja.

Kisah ketiga.

Asap yang keluar seperti jin.

Asap yang keluar seperti jin ni. Bentuk asap tu pandai2 la hampa bayangkan sendiri mcm cerita aladin tu yang asap dia keluar dari botol tu ajiab tu mcm tu la sorang manusia ni Nampak. Dia yang selalu Nampak asap yang keluar dari tepian parit atas jalan tu adalah ndak aku, sebabnya setiap pagi dia teman anak anak dia naik bus sekolah, (selingan bus pak Hassan,bus sekolah turun temurun). Ndak aku ni selalu Nampak asap tu keluar dari tepian parit atas jalan raya tu….apa maksud semua ini…


Apa pun semua ini sebagaian dari dari ciptaanNya tak perlu taksub dengan keadaan mcm ni. Apa2pun allah itu maha perlindung.

Sekian.

TQ to Perbualan Saya yg sudi meminjamkan post

No comments:

Post a Comment