Followers
Saturday, May 14, 2011
SELAMAT HARI GURU
Dipetik dari wall post Anti-PKR Club 15 Mei 2011
Walau imbuhan dijanjikan, Cikgu-Cikgu akan tetap memilih pembangkang...
Bersempena Hari Guru pada tahun ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin bakal mengumumkan "khabar gembira" buat semua cikgu-cikgu kita di seluruh negara. Kalau tidak hari ini, esok akan diumumkan, harap cikgu-cikgu semua bersabar. Hadiah masih berbalut, belum tahu isi di dalamnya...
Pada aku, meskipun diberikan imbuhan dan sebagainya, belum tentu ia dapat memikat hati cikgu-cikgu kita ini. Majoriti cikgu-cikgu kita sekarang ni menyokong pembangkang! Ini bukan berita palsu, ini hakikat pahit yang perlu Kerajaan terima dengan hati yang terbuka...
Di sekitar tahun 60'an, 70'an, 80'an dan 90'an, masih ramai guru yang menyokong Kerajaan. Namun, selepas tahun 2000, kebanyakkan guru tidak lagi menyokong kerajaan meskipun mereka diberikan pelbagai imbuhan dan ganjaran.
Cikgu-cikgu kita ini menuntut kenaikan elaun itu dan ini. Mereka meminta kenaikan gaji dan bonus. Cikgu-cikgu kita ini mendesak itu dan ini. Dan mereka dapat apa yang mereka inginkan. Hanya sedikit saja yang mereka tak dapat...
Cikgu-cikgu kita ni kata beban mereka semakin banyak. Kerja-kerja di sekolah semakin bertambah. Sistem pelajaran, silibus, dan dokumentasi yang perlu diuruskan sendiri oleh guru semakin bertimbun. Itu belum lagi disebut tentang kerja mengajar mereka...
Macam-macam kerja cikgu-cikgu kita ni kena buat. Dari mengajar murid dan pelajar yang semakin kurang ajar dan mak bapak yang masuk sebelah anaknya yang samseng, hinggalah "pedagogi" dan pelbagai sistem pelajaran yang sering berubah-ubah mengikut "mood" Kementerian, semua itu perlu dilakukan oleh guru-guru.
Kursus-kursus oleh PPD turut membebankan. Teks dan silibus yang bertambah serta sering ditukar, sering menjadi rungutan guru. Periksa kertas peperiksaan, kurikulum, dan macam-macam lagi mereka kena buat. Hinggakan photostat pun depa juga kena buat sendiri. Kerani sekolah tak nak buat!
Itu adalah antara keluhan cikgu-cikgu kita sekarang. Mereka kini semakin berpaling arah kepada pembangkang, mungkin kerana "janji manis" yang mengiurkan hati mereka. Biarpun tidak pasti akan janji-janji itu, itu sudah cukup untuk mereka memilih pembangkang. Apatah lagi dengan sikap beberapa pemimpin UMNO yang "berlagak" dan menyebelahi anak mereka yang kurang ajar, menyukarkan kerja-kerja cikgu-cikgu kita ini.
Apakah dengan imbuhan yang bakal TPM umumkan ini maka mereka akan berpaling semula menyokong Kerajaan? Saya sangsi.
Pada aku, cikgu-cikgu di zaman ini hilang sifat nasionalisme dan menghargai kerajaan kerana mereka juga sering dimanjakan. Memang benar beban mereka bertambah banyak dan sistem pelajaran kini semakin sukar dan berubah-ubah. Namun, mereka juga mendapat balasan yang setimpal dengan kerja mereka.
Mereka hanya bekerja separuh hari berbanding pegawai-pegawai kerajaan yang lain yang terpaksa bekerja sehingga larut malam. Namun, gaji dan elaun cikgu-cikgu kita ini lebih banyak dari pegawai kerajaan lain. Apakah mereka hargai semua itu?
Sememangnya sebelum mereka memohon menjadi guru lagi mereka sudah tahu akan beban dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Jadi bila sudah diterima menjadi guru, kenapa mereka mengeluh dengan bebanan kerja yang bertimbun-timbun? Budak sekolah cuti, mereka pun cuti, sedangkan pegawai Kerajaan lain berkerja siang dan malam.
Pada aku, ini semua adalah soal "ATITUDE" cikgu-cikgu kita ini. Cikgu-cikgu kita sekarang tidak sama attitudenya dengan cikgu-cikgu kita dahulu. Cikgu-cikgu sekarang sudah senang banyak, tapi tidak tahu erti menghargainya.
Setahu aku, ramai cikgu-cikgu sekarang yang tidak berdisiplin. Hisap rokok dalam sekolah, keluar sekolah untuk ambil anak diwaktu mengajar untuk beli barang rumah, angkat baju sebab hari nak hujan dan pelbagai aktiviti peribadi sendiri. Itu belum lagi disebut mengenai cikgu yang menggatal dan mencabul pelajar!
Ada juga guru-guru yang berniaga di sekolah. Bukan setakat tudung, pinggan mangkuk, minyak angin, penapis air, kuih raya, kain pasang, kain batik, insurans, kosmetik, brooch dan nira nipah, malah ada juga yang jadi "salesman" jual kereta! Mengumpat dan mengutuk jangan cakaplah, itu aktiviti harian mereka!
Cikgu-cikgu perempuan dok asyik melawa saja. Pakai baju kurung harga beratus-ratus ringgit, bermanik koran dan ber"blink-blink". Pakaian dari hujung kepala sampai hujung kaki mesti sama warna dan "make-up" bertempek penuh di muka! Gaya mak datin!
Cikgu lelaki pula apa lagi, menggatallah kerjanya melihat cikgu-cikgu perempuan kita ni melawa! Tak cukup dengan perbualan yang boleh dianggap "sexual harrasment", mereka sms sampai dirumah. Bukan setakat menggatal dengan guru wanita, pelajar-pelajar perempuan pun di"ngorat"nya!
Itukah sikap dan "ATTITUDE" cikgu-cikgu kita sekarang? Kalau cuti sekolah, maka acara rombongan "Cik Kiah" menjadi agenda rasmi mereka untuk cari duit sambil melancong. Dulu mereka hanya bawa pergi muzium dan zoo, tapi sekarang sampai ke Phuket, Hadnyai, Singapore, Beijing dan Indonesia. Semakin mewah! Banyak duit mereka! Itu pun cikgu-cikgu kita ni kata gaji mereka "ciput"?
Sebab itulah aku katakan bahawa antara guru sekarang dan guru dahulu dibezakan oleh "ATTITUDE" yang sangat ketara. Tak payah aku ceritakan tentang cikgu-cikgu yang pernah mengajar cikgu-cikgu kita ini sekarang. Mereka lebih tahu perbezaannya. Hakikat ini perlu direnung oleh semua warga pendidik di seluruh negara untuk dimuhasabahkan sempena Hari Guru 2011, esok.
Tapi, aku akui, tidak semua guru sekarang mempunyai ATTITUDE yang seperti di atas. Masih ramai lagi yang bagus, dan lebih baik dari guru-guru zaman dahulu. Namun, majoiritinya memang kurang bagus attitudenya. Sebab tu majoriti guru-guru sekarang memilih pembangkang, kerana hanya yang tidak berkualiti sahaja yang akan memilih pembangkang sebagai pilihan mereka.
Maafkan aku sekiranya penulisan aku ini mengguris hati guru-guru zaman sekarang. Namun, janganlah mengambil sikap negatif di atas teguran aku kali ini. Terimalah dengan sikap positif dan bermuhasabahlah diri sendiri. Aku tidak kata aku sempurna, namun itulah yang sempat aku kutip dari guru-guru lama yang sering memerhatikan guru-guru zaman sekarang. Kami memerhati cikgu-cikgu semua...
Akhirnya, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru di Malaysia. Tak kira kepada guru terbaik, yang baik, kurang baik atau paling teruk, aku ucapkan "terima kasih" kerana mendidik anak bangsa. Guru-guru turut menjadi faktor terbesar dalam menentukan kualiti anak bangsa akan datang. Harap cikgu-cikgu semua berubah dan turut sama bertransformasi (berhijrah) kepada yang lebih baik selepas ini.
Aku menegur kerana sayang, bukan kerana benci...
Terima kasih cikgu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul2...cikgu2 sekarang atau cikgu dulu2 tak sedar di bawah sapa dia bernaung
ReplyDelete