UNTUK ISTERI TERSAYANG :)
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya
adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya
lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya
lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah
kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang
syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi
benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi
tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang
isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha,
nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng
difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan
dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana
pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam
suatu perkataan iaitu "TAAT"...
No comments:
Post a Comment